dalam berkongsi pengetahuan mengenai kaedah keselamatan
Di dalam taklimat berkenaan pihak BSP telah membuat penerangan mengenai "BSP HSE Principles" dan "Life Saving Rules" yang mana prinsip dan peraturan ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja.
3 Prinsip di bawah "BSP HSE Principles" adalah "Compliance" iaitu memenuhi kehendak undang-undang, piawaian dan peraturan, "Intervention" iaitu campur tangan jika menyaksikan perbuatan dan keadaan yang menyalahi piawaian, dan "Attitude" iaitu memiliki sikap yang mementingkan keselamatan melebihi perkara lain dan mengambil endah mengenai kesejahteraan orang lain.
Manakala di bawah "Life saving Rules", terdapat 12 peraturan yang mana diantaranya ialah Gunakan Tali Pinggang Keselamatan, Jangan Gunakan Telefon Bimbit Ketika Memandu dan Rancang Perjalanan Awda.
Taklimat turut dihadiri oleh Yang Mulia Awg Hj Osman bin Hj Md Jair, Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB dan pegawai-pegawai dari Bahagian Risiko Perniagaan & Takaful Semula dan Bahagian Tuntutan.